Jumaat, 9 Januari 2009

Izinkan

inzinkan aku sunting yang ini….

Pada mulanya sekadar mahu jenguk ruang maya ini sebentar…mulanya hajat merisik blog teman-teman yang rupanya belum di kemaskini…mulanya hanya mahu bertanya khabar dan di khabar cerita…mulanya…

tapi hati ini meronta2 ajak aku ke ruang ini…utk cerita dan jenaka mungkin..hahahaha…aku bercanda sebentar mengambil rasa hati sendiri…bimbang nanti sawang menjadi teman…
pertamanya…segala puji hanya pada Sang Pencipta…Tuan empunya susuk lengkap yg berstatus “pinjam” ini…di beri sebuah sihat yg digantung sebentar lantaran jahilnya aku cara yg benar utk di salurpakai…tatkala DIA memberi ingat dgn di cabut nikmat kudrat sebentar barulah tersedar yg selama ini aku alpa bersama “sihat” yg sangat besar nilainya…dan bila di “denda” bersama “sakit” barulah mengongoi rayu…dan ingat benar pada Nya…walhal hanya seminggu…dasar hamba…yg sedarnya entah dimana…terima kasih Tuhan…

…semester dah pun bermula…keputusan periksa yg lalu pon dah keluar…aduyaiiii molek sedikit nampaknya kali ini…terima masih di atas hadiah ini..syukur kehadrat DIA….ermmmm…bohong kalau aku katakan aku puas dengan itu…banyak lagi yang aku perlu tagih dah usahakan……apapun aku redha dan terima kerna sekurangnya aku telah sempurnakan “serahan” kpd DIA…dan urusan aku di sini selesai seadanya mampu…selebihnya DIA aturkan…yg pasti semester lalu bukan pengajian yg bagus utk aku…banyak agenda2 lagho yg jadikan aku peserta…dan fokus belajar sekadar basi2 seorang pemalas…hahahahah…melangkah ke alam dunia pesta remaja ini membuatkan hidup2 aku terisi dengan potensi-potensi seorang pemboros …itu pasti…peritnya mahu terima ini…isk3…

…aku selalu terfikir di atas segala payah dan jerih…di setiap kurang dan rompong…sedang di sebalik itu apa? butakah aku utk meneka? …lantas cepat aku berfikir sekali lagi atas segala nikmat dan hikmat…di setiap gembira yg dilimpah…dan di sebalik itu apa? sekadar mahu aku ketawa?…atau akhirnya manusia berkonklusi…itulah karma…itulah kehidupan…sedang akal waras itu utk apa?

…jangan lah terlalu sedih bersama musibah dan duka…mungkin disana ada kafarah yg mahal harganya…janganlah sampai berdekah dan terkinja ketika nikmat di hidang limpah…mungkin disana di selit jerat istidraj yg hina …nauzubillah…sedang semua tahu “rujukpandu” itu lengkap tersedia …apa lagi mahu di sungut dan di tagih?

dan terakhir…aku sedar sukar nya utk menjadi yg “baik”…aduh..susah amat…kadang aku terasa selesa banggakan pada dosa2…dan terasa gelodak nafsu ini ingin cuba segala macam perasa…dan ini ada waktunya buat aku seronok amat…namun jauh di suatu sudut…betapa aku ingin menjadi seorang manusia …”yg soleh” …walhal tahu, aku masih terbeban segala potensi dosa dan air mata yg semakin membeku…di sana mungkin ramai yg cemuh dan tertawa semahunya tatkala memaku mata pada setiap lakonan dan nukilan2 buruk aku bersama senyum sinis dan bisikcerca…

kawan…bukan utk aku jaja dan menjadi hidangan basi…hanya cuba membaikpulih diri…tak mengapa…andai kamu ketawa…semua pon manusia…dan cuba sygkan semua…huh~

3 ulasan:

mic in my earphones berkata...

mcm bce hikayat merong maha wangsa jeh..

Tanpa Nama berkata...

heheehhe...thanks krn follow. i follow you gak la.

AhHcOmEy berkata...

syg kmu jugak