Selasa, 13 Januari 2009

LAYAn Aje

Salam.."bahagiamu teman di taman ini.".....taman INderaloka taman syurga ...
Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman mu
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguhkan dihatiku

Percayalah..
Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

when LOVE call me

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t’lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu
Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati ‘kan memuja hanya pada-Nya
Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil
Rindu… rindu… rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu
Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil ku.
rinduku hanya pada DIA..

Jumaat, 9 Januari 2009

Izinkan

inzinkan aku sunting yang ini….

Pada mulanya sekadar mahu jenguk ruang maya ini sebentar…mulanya hajat merisik blog teman-teman yang rupanya belum di kemaskini…mulanya hanya mahu bertanya khabar dan di khabar cerita…mulanya…

tapi hati ini meronta2 ajak aku ke ruang ini…utk cerita dan jenaka mungkin..hahahaha…aku bercanda sebentar mengambil rasa hati sendiri…bimbang nanti sawang menjadi teman…
pertamanya…segala puji hanya pada Sang Pencipta…Tuan empunya susuk lengkap yg berstatus “pinjam” ini…di beri sebuah sihat yg digantung sebentar lantaran jahilnya aku cara yg benar utk di salurpakai…tatkala DIA memberi ingat dgn di cabut nikmat kudrat sebentar barulah tersedar yg selama ini aku alpa bersama “sihat” yg sangat besar nilainya…dan bila di “denda” bersama “sakit” barulah mengongoi rayu…dan ingat benar pada Nya…walhal hanya seminggu…dasar hamba…yg sedarnya entah dimana…terima kasih Tuhan…

…semester dah pun bermula…keputusan periksa yg lalu pon dah keluar…aduyaiiii molek sedikit nampaknya kali ini…terima masih di atas hadiah ini..syukur kehadrat DIA….ermmmm…bohong kalau aku katakan aku puas dengan itu…banyak lagi yang aku perlu tagih dah usahakan……apapun aku redha dan terima kerna sekurangnya aku telah sempurnakan “serahan” kpd DIA…dan urusan aku di sini selesai seadanya mampu…selebihnya DIA aturkan…yg pasti semester lalu bukan pengajian yg bagus utk aku…banyak agenda2 lagho yg jadikan aku peserta…dan fokus belajar sekadar basi2 seorang pemalas…hahahahah…melangkah ke alam dunia pesta remaja ini membuatkan hidup2 aku terisi dengan potensi-potensi seorang pemboros …itu pasti…peritnya mahu terima ini…isk3…

…aku selalu terfikir di atas segala payah dan jerih…di setiap kurang dan rompong…sedang di sebalik itu apa? butakah aku utk meneka? …lantas cepat aku berfikir sekali lagi atas segala nikmat dan hikmat…di setiap gembira yg dilimpah…dan di sebalik itu apa? sekadar mahu aku ketawa?…atau akhirnya manusia berkonklusi…itulah karma…itulah kehidupan…sedang akal waras itu utk apa?

…jangan lah terlalu sedih bersama musibah dan duka…mungkin disana ada kafarah yg mahal harganya…janganlah sampai berdekah dan terkinja ketika nikmat di hidang limpah…mungkin disana di selit jerat istidraj yg hina …nauzubillah…sedang semua tahu “rujukpandu” itu lengkap tersedia …apa lagi mahu di sungut dan di tagih?

dan terakhir…aku sedar sukar nya utk menjadi yg “baik”…aduh..susah amat…kadang aku terasa selesa banggakan pada dosa2…dan terasa gelodak nafsu ini ingin cuba segala macam perasa…dan ini ada waktunya buat aku seronok amat…namun jauh di suatu sudut…betapa aku ingin menjadi seorang manusia …”yg soleh” …walhal tahu, aku masih terbeban segala potensi dosa dan air mata yg semakin membeku…di sana mungkin ramai yg cemuh dan tertawa semahunya tatkala memaku mata pada setiap lakonan dan nukilan2 buruk aku bersama senyum sinis dan bisikcerca…

kawan…bukan utk aku jaja dan menjadi hidangan basi…hanya cuba membaikpulih diri…tak mengapa…andai kamu ketawa…semua pon manusia…dan cuba sygkan semua…huh~

Khamis, 8 Januari 2009

wARKAh pilu




Tika blog ini diposkan, suasana di sini amat nyaman sekali. Diselang-seli dengan bunyi cengkerik malam yang melagukan lirik-lirik PenciptaNya. Tika ini juga kupasti penduduk sekitar sedang asyik dibuai lena tahun baru yang penuh dengan azam basi tahun-tahun lepas.Aku
dari tadi dilunakkan dengan keasyikan lagu buatan manusia yang tercorong melolong melalui radio bersama dengan irama dan celoteh malam yang penuh kehipokritan dari juruhebahnya.


Tiba-tiba ku terdengar suara rintihan kanak-kanak memekik meminta tolong. Melaung-laung memanggil ibubapa mereka. Kadang-kadang kedengaran suara dewasa bertempik meminta pertolongan. Juga suara rintihan supaya tidak diapa-apakan mereka. Aku buntu mencari punca suara mereka semua. Bukan dah lewat malam sekarang? Mengapa mereka belum tidur lagi? Bisik hati kecilku. Aku tertanya-tanya di manakah mereka?


Aku terdengar lagi. Kali ini bunyi dentuman yang amat kuat yang bersahutan dengan bunyi seperti bom tangan. Aku panik. Apakah yang berlaku di tengah-tengah malam yang ku sangka dingin tadi? Aku bingung. Bunyi dentuman tadi hilang sebentar tapi disusuli pula dengan deruman enjin jet pejuang dan helikopter yang amat bingit. Lagi aku bingung. Sesekali bunyi orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Aku terasyik dengan laungan itu. Mereka seolah-olah menarik perhatian aku. Cuba mengejutkan penduduk di sini dan Mereka cuba memberitahu sesuatu.Merintih apa yang mereka hadapi sekarang. Apa yang yang dah berlaku? ???.....

Rupanya nun jauh di Semenanjung Gaza mereka tidak tidur. Mereka tidak lena malam ini. Tidak seperti keluargaku yang sedang lena dihanyutkan dengan mimpi-mimpi indah.Tidak seperti rakan temanku yang asyik dengan berkareok di Alamanda sana.. Tidak senyaman malam kampung halamanku. Tidak pula kedengaran cengkerik menyanyikan lagu-lagu PenciptaNya. Aku tersedar dari lamunanku.


Mereka kini sedang mencari-cari tempat persembunyian tatkala aku di sini selesa di atas kerusi pastik. Mereka kini bersengkang mata menjaga keselamatan diri dan keluarga tatkala aku di sini bersengkang mata melayari internet. Mereka kini sedang mengerang kesakitan dek ditembak peluru-peluru sesat yang sengaja disesatkan Yahudi Laknatullah tatkala aku di sini sedang mengerang sakit pinggang dek kerana terlalu lama mengadap komputer. Mereka kini sedang disajikan dengan bunyi dentuman bom dan senjata api yang entah dari mana puncanya tatkala aku di sini disajkan dengan bunyi radio dengan juruhebah bodohnya. Mereka juga kini sedang takut menyelubungi diri mereka lantaran deruman jet-jet pejuang yang mengganas di sekitar rumah kediaman merka tatkala aku di sini takut lantaran dentuman pintu dapur yang ditolak angin kerana lupa dikunci siang hari. Mereka juga berselimut ketakutan takut-takut askar Yahudi menceroboh masuk bilik-bilik mereka tatkala aku di sini berselimut tebal kerana kesejukan kipas.


Duhai Palestinians. ..


Aku terjaga kali ini. Aku mendengar malam ini. Aku nampak kamu sekalian malam ini. Aku dapat menyelami kegusaran hati-hatimu itu. Jauh di sudut hati aku mahu berada disampingmu.

Tapi apakan daya, aku hanya dapat menonton keperitanmu dari kaca tv sahaja. Tapi bukan paparan utama, hanya paparan sampingan sebelum berita sukan. Aku hanya dapat melihat penderitaanmu dari paparan laman-laman web seadanya. Aku hanya dapat menatap kesengsaraanmu dari hebahan surat-surat khabar sahaja. Itu pun di sisipan kedua setiap akhbar di Malaysia ini. Aku hanya dapat menyaksikan kematianmu satu persatu melalui statistik dunia.


Duhai Palestinians. ..
Maafkan aku. Memang kita seagama sesaudara. Tapi apakan dayaku. Hanya doa kupanjatkan.


Ya Allah...

Kau perkuatkan keazaman mereka untuk menentang Yahudi Laknatullah.
Kau kurniakanlah kekuatan yang luar biasa untuk mereka menghadapi musuh-musuh agamaMu.Kau syahidkanlah mereka dek kerana mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.Kau berilah kemenangan di akhir episod duka ini. Amin.



Selasa, 6 Januari 2009

BILA TIAda

Resah yang ku Ubah dalam kata......Melukiskan kesunyian.....Tanpa engkau aku tak mengerti....Meski Pagi itu menatapi Akan sunyi tanpamu..sepi menemaniku....

Tanpa Cintamu aku resah...Tanpa Kasihmu aku hampa...Tanpa Dirimu aku mati…


Kini benar-benarku rasakan...Dalam relung hatiku tanpamu..AKu tak mengerti...daku....Takut jauh dari dirimu...Dan kau tinggalkan aku sendiri....Tanpamu ku mati.…

Resah yang ku...Ubah dalam kata....Melukiskan kesunyian..
Tanpa engkau aku tak mengerti..
CoBA
Oh.. cuba kau dengar
Cuba kau cuba diam bila ku cuba untuk berbicara dengan kamu Pernahkah kau ada bila ku perlu untuk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kamu rasa
Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau mula mendapatkan aku
Itulah aku padamu
Oh.. cuba kau lihat
Cuba kau cuba renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu pernahkah kau ada
Bila ku perlu untuk menyatakan rasa sakit dalam diri
Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa
Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau mula mendapatkan aku
Itulah aku
Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas untuk menulis padamu
Sedangkan ku tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar
Untuk kau melihat ke mataku
Siapa sebenarnya aku pada mu
Mungkin sama dengan teman lain
Sama buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau mula mendapatkan aku
Itulah aku..
Siapa.. yang bisa kau buat begitu????
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau mula mendapatkan aku
Itulah aku padamuItulah ku... padamu