Selasa, 30 Disember 2008

Aku yang Berdosa

Sekian lama aku terperuk…menghambat dan menyumbat diri ke sudut itu…menjerut diri dan merantai hati…lantaran diri ini kecewa dan terlalu hampa…bagai insan yang terkapai-kapai terputus talinya..hilang arah…lalu aku terus terdampar ke lembah sepi…sunyi….Bicara aku hanya pada sendiri…kerna tiada siapa menemani..teringat tika dulu…ermmm….sirna sudah keindahan itu..kerna ia pandai membisu..lincah berlari mengelak diri….bijak bertutur mengatur bicara sepi…..

Tika tanggungjawab mula melambai..pabila janji mohon di tunai..terkaku aku terpasak kaki..tertunduk aku tanpa bicara….lama ku sepikan diri dalam duniaku…mengheret minda ke gedung gelita..berdosa aku…terpasak kaki di sudut kaku..jemu dengan rentak manusia… galak berpusu-pusu memburu dunia..mendaki tangga tanpa peduli….huh..bila terpijak saudara sendiri…..merajuk minda lalu membeku..tiada lagi tinta bicara..tuturan madah hanya di mata…terkunci bibir tanpa berkata…cume yang terlontar hanya keluhan bisu yang lahir dari perasaan benci……

Sehingga saat indah itu menjelama…kutemui cinta di persada jiwa…rupanya wujud selama usia…Cuma aku yang lemas seketika…tidak sedar mulia kasihMU yang menghampar luas ke segenap ruang..huhuhu..Melempar ceria ke sudut duka..lalu mencantas duri penyebab duka..mengayam rasa yang tidak bertepi…maka tersedar aku khilaf sendiri….(menepikan hak pencipta ini untuk mengejar cinta pada duniawi)……Ya Allah …ku pohon ampun padaMu..Bantulah aku perbaiki diri dalam menuju bahagia yang kekal abadi…Terukir senyum ke sudut hati..kerna cintaMu pasti abadi….dan tidak aku sendiri lagi…

Sepasang sayap buatmu

Jika aku adalah seorang pelukis..akan aku tambahkan sepasang sayap putih
pada sosokmu……Agar engkau dapat terbang,menjangkau batas-batas ruang,………dan melihat dunia dari sisi yang luas.

Agar hatimu melihat seluas lautan,………kemudian terbang tinggi dengan nurani yang bersih….,bebas melihat kemanusiaan yang terus hidup dan menjadi inspirasi setiap gerak kehidupan….

Kulukiskan sayap ….Agar sayap-sayap itu bisa membebaskanmu
dari belenggu ruang dan waktu yang terasa mapan dan selalu membosankan…

Semoga dengan sayap-sayap yang kulukis ini….engkau dapat terbang dari dunia mimpi-mimpimu…..yang penuh rasa takut, dan kepalsuan…..Dalam langit yang tinggi, …..semoga engkau merasakan hening alam….bersatu dalam dirimu….terbanglah….
(anganku si pelukis jiwa ..)

aku di sini

Waktu seperti berlari…
Hari seolah tak pernah berganti…
Tapi rindu semakin menggebu hingga menyesakan kalbu…sakit
Bila makan hanya ingat badan…
Tika tidurpun hanya sekadar memejamkan mata…
Karana hati ini sesungguhnya selalu berkelana…
Berkelana untuk bersama sang dambaan jiwa yang terpisah antara ruang dan waktu…
Tawa tergelak tapi hati menggelisah dan merindu…
Senyum merekah tapi hati membiru…
Ceria ini adalah palsu karana sesungguhnya dalam kalbu mendung selalu merundung…
Karana jiwa ini selalu meraung untuk segera bertemu denganmu…
Waktu seperti merayap…tapi waktu juga pasti kan segera berlalu…pasti
Kuharus hadapi itu…
Dan harus kutulis…karana hanya ini satu-satunya carakuuntuk sekadar menghilangkan penatku….
Waktu yang segerakan berlalu….
Semoga Allah masih memberikan ruang untuk bertemu denganmu teman-temanku
..

Isnin, 1 Disember 2008

Membaca semula peesanan silam..

Generasi orang Melayu terdahulu atau lebih sinonim disebut "orang tua-tua" dalam konteks budaya orang Melayu mempunyai dan mewariskan kebijaksanaan yang tidak ternilai harganya. Kebijaksanaan silam "orang tua-tua" berkait rapat dengan perihal hidup, sarat dengan nasihat serta peringatan.

Sehingga kini kita sendiri pun tidak tahu siapakah individu yang menitipkan warisan kebijaksanaan silam kepada generasi hari ini. Tetapi yang pasti mereka tentunya bukanlah bertaraf sarjana atau cerdik pandai yang dikenali ramai. Bagaimanapun kecerdikan dan kebijaksanaan mereka tetap relevan dengan semua zaman, biarpun kita dengan agkuhnya berkata, "Kami hidup dalam dunia pasca-moden".

Dalam meredah kehidupan politik masa kini, kita janganlah angkuh menolak kebijaksanaan silam yang banyak memberi peringatan tentang sepak terajang manusia. Orang Melayu sudah lama diingatkan berfikirlah banyak kali untuk melepaskan anjing tersepit kerana anjing jarang mengenang budi orang berjasa kepadanya. Peringatan yang dititipkan oleh entah siapa tetapi sangat berguna supaya kita jangan menjadi mangsa anjing yang kita tolong. Orang Melayu memang terkenal dengan baik hati dan pemurah hingga membinasakan diri.

Barangkali ada baiknya kita menoleh, menghayat dan membaca kembali pesan-pesan yang bijaksana ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Banyak perkara yang disentuh oleh generasi silam berlaku kepada kita pada hari ini dan tentunya peringatan tentang perilaku orang Melayu perlu diberi perhatian. Pesanan yang dikiaskan kepada alam budaya di sekitar orang Melayu mempunyai maksud yang sangat mendalam. Apabila mereka melihat perihal kaduk yang menyerupai sirih dan menjalar di junjung sirih, mereka pun berpesan, jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Kaduk lupa diri dan perasan ia adalah sirih, satu yang penting dalam alam budaya orang Melayu. Tetapi kaduk tiada gunanya.

Kemudian kita pun temui pesanan berbunyi, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Kebaikan yang tidak bertempat atau melampau selalunya mengundang kesusahan kepada diri sendiri. Malah orang Melayu terdahulu juga menyindir perihal orang Melayu sendiri, dagang lalu ditanakkan nasi, anak di rumah kelaparan. Kisah orang dagang mahu memijak kepala orang Melayu tidak pernah selesai. Orang Melayu sudah melakukan pengorbanan "menanakkan nasi" atau memberi peluang untuk hidup kepada orang dagang biar pun anak-anak mereka tidak berpuas hati. Inilah kebaikan orang Melayu tetapi akhirnya sikap itu memakan diri apabila orang dagang terlupa sifat-sifat seharusnya sebagai pedagang atau perantau.

Orang Melayu mesti mengingati semua pesan-pesan silam generasi terdahulu supaya mereka tidak terkena untuk kali yang entah ke berapa. Ketika ada pihak yang memperleceh dan mempertikaikan kedudukan orang Melayu kononnya tidak berlaku adil kepada kaum lain, inilah padahnya, "Dagang lalu ditanakkan nasi, biar anak sendiri kelaparan." Maka benarlah kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Orang Melayu kena mengingati pesanan supaya mereka jangan lagi memagar nyiur yang condong, buahnya jatuh ke halaman orang. Orang Melayu bersusah payah memberi baja dan menjaga supaya perdu pokok kelapa sentiasa selamat, tetapi orang lain yang mengutip buahnya. Yang buruknya mereka ini tidak mengenang budi. Ini sama seperti memberi susu dibalas tuba.

Khamis, 27 November 2008

Pohon itu Meratap..

Termenungku di sudut jendela...

usang dan tidak bernafsu..

kelihatan di sudut kecil itu..

sebatang pokok tua tegak berdiri..

kuat dan tegap..

urat urat akarnya mencengkam erat..



Tapi sayang tidak berdaun..

kering dan kosong dahannya.

sendiri tegak berdiri..

tidak berteman dan sepi..(kesian)

cuma yang tinggal..

si tanih yang gersang..

tandus, kosong dan kontang..



terfikir akan aku..

siapa harus di soalkan?

tanah kian kering..pokok semakin sakit..

musnah..hilang satu persatu...huh

tersoal aku akannya..

resepi...

Setiap yang kita lakukan..

mesti dengan caranya..

nak buat minuman sedap?

gula, air, susu..

mesti secukup rasa.

nak masak lauk pulak..

kene pilih bahan..

kene pandai kawal api..

dan sukatan rencah perlu tepat..

tak lebih tak kurang..

untuk menjadikannya sesuatu yang buleh dinikmati..



mcm jugak orang bercinta..

lebih kurang same saje

itu dan ini mesti ada..

mesti ada keinginan..

dan mesti ada kemahuan..

barulah boleh suka sama suka..


dan...

dalam persahabatan..

diperlukan keserasian dan keikhlasan..

barulah buleh ngam..

dan dalam kenal mengenal..

antara satu sama lain pula..

mesti ada kesabaran dan kesefahaman..

kerana setiap kesilapan buleh menjejaskan..

Rabu, 26 November 2008

hello ....salam perkenalan

SALAM buat semua....amino kembali disini..